Saturday, January 17, 2009

Merentas Desa

Pelajar berkumpul mengikut rumah sebelum memulakan larian.

Guru-guru yang sedang bersedia untuk pergi ke check point.

Warna-warni sepanjang Merentas Desa.

Tahniah kepada yang berjaya!!

Acara Merentas Desa SM Sains Lahad Datu telah diadakan pada 17 Januari 2009. Acara ini telah disertai oleh 461 orang pelajar dengan dibantu oleh 50 orang guru. Acara telah dimulakan pada pukul 7.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi. Berikut adalah keputusan pertamdingan :-

Friday, January 16, 2009

Malam Bakat Tingkatan 1

Malam Bakat untuk pelajar Tingkatan 1 telah di adakan di Dewan Sri Bayu pada 22 Januari 2009. Tujuan Malam Bakat ini diadakan adalah sebagai simbolik penutupan Minggu Orentasi Tingkatan 1.

Pembacaan ikrar pelajar baru diketuai oleh Ahmad Fariz Bin Abdul Aziz

Barisan guru yang hadir memeriahkan majlis.

Amanat oleh Pengetua Cemerlang, Tn. Hj. Eko Sukohidayat Bin Sunarto


Persembahan pelajar-pelajar Tingkatan 1

Fasilitator yang terdiri dari PRS dan barisan pengawas yang banyak membantu melancarkan perjalanan
Majlis Orentasi dan Malam Bakat.

Para pemenang

Semoga bakat-bakat pelajar baru Tingkatan 1 ini akan dapat memeriahkan Sekolah Menengah Sains Lahad Datu hendaknya.

Monday, January 12, 2009

Pendaftaran & Orentasi Tingkatan 1

Pelajar Tingkatan 1 bagi sesi 2009 telah mendaftar di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu pada 12 Januari 2009. Seramai 46 orang pelajar telah hadir untuk mendaftar.

Minggu Silaturrahim ini telah dipenuhi dengan beberapa aktiviti antaranya :
a) Siri Taklimat/Ceramah
b) Gerak Kerja kumpulan (GKK)
c) Pembentangan
d) Latihan Fizikal
e) Aktiviti Keagamaan/Kerohanian

Taklimat Bahasa Antarabangsa

Penyesuaian Diri
(Pelajar diajar bagaimana untuk menguruskan diri semasa berada di asrama)

Gerak Kerja Kumpulan

Malam Penghayatan
Adalah diharapkan agar program yang diaturkan ini akan dapat membantu murid tingkatan satu menjalani kehidupan sebenar di SMSLD dengan lebih baik dan teratur. Hal ini juga dapat memberi keyakinan dan menimbulkan keceriaan di kalangan pelajar tingkatan satu dan diterima sebagai ahli keluarga SMSLD. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar baru ini dapat memahami peranan masing-masing untuk merealisasikan visi dan misi SMSLD.